Saturday 15 December 2012

ReSepi PuDiNg TriFLe

assalamualaikum.....  



Puding Trifle







Puding trifle ialah hidangan pencuci mulut yang disusun secara berlapis lapis di dalam trifle bowl bagi menunjukkan lapisan lapisan dessert di dalamnya.  Kebiasaannya lapisan paling bawah adalah kek, kemudian kastard, jelly, buah buahan, whipped cream atau apa apa yang disukai.

Saya belajar cara cara membuat trifle dengan melihat video dan resepi dari internet. Sangat teruja untuk membuatnya. Saya menyediakan trifle ini sebagai hidangan pencuci mulut dalam jamuan sempena photoshoot dengan majalah. Saya mencari merata rata tempat trifle bowl hingga akhirnya berjaya menjumpainya. Selain dalam trifle bowl, saya juga menyediakan trifle dalam small footed bowl yang boleh terus dinikmati.

Jom lah kita layan resepi yang saya gunakan. Banyak cara cara membuat trifle yang boleh dipelbagaikan dan ikut kreativiti masing masing ...



Puding Trifle

1 pek kek pound
2 kotak jelly (merah dan hijau)
1 tin buah buahan dalam tin
1 tin susu cair
1  tin air
7 sudu besar gula
4 sudu besar kastard + 1/2 tin air
300 ml Whipped cream
Buah strawberry
Trifle bowl

Cara cara
1st layer; susun kek pound yang dah dipotong nipis kecil kecil dalam bekas. Tuangkan air buah buah tadi ke atas kek. Boleh juga disapu jem di dasar dan keliling bekas sebelum dimasukkan kek.





2nd layer;  masak 1 kotak jelly warna merah dengan 2 mug air hingga hancur. Tuangkan jelly atas kek tadi.  Masukkan buah buahan atas jelly. Tuang lagi jelly atas buah buahan koktail.  Masukkan dalam peti sejuk untuk disejukkan sekejap. Lebihan jelly dimasukkan dalam  bekas kecil dan boleh diwarnakan hijau, jika suka.






3rd layer; Masak 1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula sampai mendidih. Sambil tu, bancuh 4 sudu tepung kastard dengan 1/2 tin air. Bila susu mendidih, slowkan api dan  masukkan bancuhan tepung kastad, kacau sampai pekat. Tuang kastard atas lapisan jelly yang dah keras. Atas lapisan kastard, saya lapiskan selapis lagi kek sponge dan jelly sebab mahu bowl nampak penuh.  







4th layer; Letak whipping cream atas kastard sehingga rata semua permukaan.  Saya hanya letak di sekeliling dan tengah sahaja 



Akhir sekali jelly dalam bekas kecil dipukul dg small whip dan sudukan jelly secara berselang seli warna di sekeliling bekas dan di tengah tengah juga. Kemudian susun buah strawberry di tengah tengahnya.  Saya hanya meletak whipped cream di sekeliling dan terus diletakkan strawberry.  Atas citarasa masing masing lah ya ..



No comments:

Post a Comment